Sunday, 11 June 2017

Kata 67

Kau selalu berada di sisi aku,
tika suka mahupun duka,
kata-kata kau pembakar semangat aku,
aku bangkit daripada jatuh,
engkaulah sahabat aku.

Kini,
baru aku sedar,
kau bukanlah sahabat aku,
tapi engkaulah musuh aku.

Tak pernah menegur,
walau kau tahu akan akibat yang menanti,
kau mengajak aku jatuh ke lembah,
lembah penuh penyeksaan.

Sesal aku tak hayati,
kata-kata kau Zuhruf.

Saturday, 10 June 2017

Tak semestinya

Hitam tak semestinya bayang,
coklat tak semestinya koko,
biru tak semestinya laut,
hijau tak semestinya daun,
merah tak semestinya mawar,
jingga tak semestinya oren,
kuning tak semestinya langsat.

Tapi aku semestinya aku,
dan kau semestinya kau.

Monday, 13 February 2017

Kawan

Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Namun demikian, kita haruslah bijak memilih kawan supaya kita tidak terhanyut ke lembah dosa. Hal ini demikian kerana ada segelintir orang yang mepunyai hati yang gelap. Kita risau jika kita berkawan dgn mereka kita terjebak sekali dengan aktiviti mereka. Jika kita mahu juga berkawan dengan mereka, itu tidak jadi masalah tetapi kita hendaklah kuatkan diri agar tidak mengikut mereka melakukan aktiviti yang melampaui batas. 

"Kawan biar beribu, kasih biar satu"